Thursday, May 13, 2010

Latihan Sembah Perguruan-skgs

video
Sesi latihan anak-anak Lincah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol yang dilatih oleh pelajar2 SMK Muzaffar Syah yang bertaraf Hitam-hitam dan Merah-hitam.

Sessi latihan di SMK Muzaffar

Latihan seni tempur di SMK Muzaffar Syah video videoLatihan buah pecahan satu

Anak-anak Lincah SK Gunong Semanggol

video

Sejarah Silat Lincah

SEJARAH RINGKAS DAN PENCAPAIAN

YM. Dato’ Haji Omardin bin Mauju, Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) telah dilahirkan pada 29hb Mei 1941 di Puchong Selangor. Bermula dengan 5 orang anak murid, beliau mengembangkan Silat Lincah pada tahun 1963 di gelanggang pertama di Kampung Puah sehinggalah mempunyai keahlian seramai 800 000 orang di Malaysia dan 30 000 orang di luar Negara. Pertubuhan yang diiktiraf mempunyai keahlian teramai dan terunggul dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Record edisi pertama ini telah sah didaftarkan pada tahun 1969 dan berkembang ke serata dunia.

Dato’ Haji Omardin telah membawa Silat Lincah terkenal sehingga mencapai banyak kejayaan yang berjaya menaikkan maruah dan martabat bangsa melayu. Antara kejayaan tersebut seperti menubuhkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Federasi Silat Antarabangsa (PERSILAT), mengadakan demonstrasi peringkat dunia secara besar-besaran pada 1976 dan berjaya menyatukan Seni Beladiri yang ada di Malaysia dibawah Majlis Seni Mempertahankan Diri Negara (MARCIL). Terkini, hasil usaha Dato’ Haji Omaridn maka hari ini wakil daripada Silat Lincah iaitu Haji Megat Zulkarnain bin Dato’ Haji Omardin berjaya memenangi kerusi Naib Presiden Kesatuan Beladiri Dunia (WoMOU) yang berpusat di Korea Selatan. Selain itu, PSSLM berjaya mengadakan perhimpunan-perhimpunan besar dan pada perhimpunan di Pulau Pinang 1975, ianya telah menarik seramai 100 000 penonton menyaksikan perhimpunan dan demonstrasi kebatinan.

Namun apa yang lebih membanggakan, walaupun beliau menghadapi pahit jerih, kepayahan dan pelbagai rintangan dalam mengembangkan budaya melayu ini namun beliau telah berjaya menjadi seorang pemimpin yang dapat mempertahankan sebuah organisasi begitu besar selama 43 tahun tanpa berpecah belah dan hasil daripada itu maka hari ini Silat Lincah merupakan satu seni yang menjadi jambatan budaya kepada Negara luar dan bangsa asing di dalam memperkenalkan budaya utama orang melayu apatah lagi kejayaan beliau membawa pemimpin-pemimpin Negara iaitu Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas sebagai Ulul Amri I, YAB. Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi sebagai Ulul Amri II dan YAB. Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak sebagai Ulul Amri III.